Tuesday, 24 September 2013

Set Pelangsingan Badan SHAKLEE

Set Pelangsingan Badan SHAKLEE

1. Lecithin
  • Ia diesktrak daripada kacang soya organik bukan GMO mengandungi 520mg lecithin, soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
  • Menyerap vitamin larut lemak iaitu membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati iaitu menghalang lemak di hati, sirosis (kerosakan hati) dan hati berlemak.
  • Memecahkan lemak dan kolestrol di mana lecithin bertindak sebagai pembersih saluran darah.
  • Membantu mengurangkan masalah obesiti iaitu mempercepatkan pembakaran lemak untuk pelangsingan.
  • Mencantikkan otot dan kulit dengan membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme dan melambatkan kesan penuaan.
  • Menghalang kejadian batu karang yang terjadi akibat kolestrol.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress yang mana lecithin mempunyai kolin yang membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, perbaiki daya ingatan, Alzheimer dan mengurangkan stress.
  • Menghalang tekanan darah tinggi dan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki
  • Meringankan sembelit dengan melembutkan najis, melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus


2. Omega Guard

  • Mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan.
  • Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar.
  • Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar.
  • Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3.
3. Energizing Soy Protein
  • Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri.
  • Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan.
  • Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.


Monday, 23 September 2013

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai 'energy booster' atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya, bak bateri Energizer.

Di dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda.

Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ianya juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.

Berikut adalah khasiat dan faedah ESP yang terpenting:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP. Kesan positif seperti susu badan bertambah, alahan semakin berkurang juga dirasi oleh penggemar ESP. Jika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.

Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.  



Monday, 16 September 2013

Set Kecantikan Kulit

Set untuk kecantikan kulit, terdiri daripada 3vitamin iaitu ;
-B Complex
-Vita-C
-Vita-E

Peranan setiap vitamin adalah berbeza, untuk menjadikan kulit anda cantik, berseri dan cerah.

B - complex
~ bertujuan untuk menambah pembuatan sel-sel darah
~mencegah kelesuan
~melegakan stress (memastikan sistem saraf berfungsi, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia)
~mengelakkan/membaiki masalah rambut beruban dan gugur
~baik untuk mata
~mencegah anemia  (cukup tidur pasti membuat wajah anda lebih bertenaga) 

Vita-C
~membentuk kolagen
~memperbaiki simptom pendarahan
~meningkatkan imun sistem
~mencantikkan kulit
~memperbaiki insomnia
~mengekalkan kolesterol yang sihat

Vita-E
~anti-penuaan
~anti oksidan yang kuat
~kelestarian tenaga
~memperbaiki artritis
~melindungi jantung
~mempertingkatkan kemampuan reproduktif

Dengan kombinasi ketiga-tiga vitamin di atas, in shaa Allah anda akan mendapat kulit muka yang lebih cantik, berseri dan cerah.

hubungi pengedar sah Shaklee anda sekarang untuk mendapat harga istimewa!
Call/WhatsApp : 017-2482969


Thursday, 29 August 2013

Set Menyusu Shaklee

Tahukah Anda?

Kandungan susu dalam badan boleh bertambah melalui seberapa kerap kita mengosongkan kandungan susu yang terdapat dalam payudara. Pengosongan yang kerap adalah sekurang-kurangnya 2jam sekali samada melalui penyusuan atau pengepaman. Kesibukan golongan ibu hari ini menyebabkan mereka terdedah kepada pengambilan makanan yang berangin, kurang nutrisi dan tidak berkhasiat gara-gara kesibukan mengejar masa.

Kegagalan si ibu untuk minum air sekucupnya dan mengawal pengambilan makanan kegemaran yang tidak sesuai dengan status “menyusukan anak” juga mengurangkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi. Kesibukan si ibu bukan saja menyebabkan si ibu berenggang dengan bayi, malah si ibu akan berada di dalam mood tertekan dan cepat letih justeru mengganggu proses penyusuan anak. Ibu yang berkeadaan sihat, tenang dan gembira dapat mengeluarkan lebih banyak kandungan susu berbanding ibu yang berada dalam tekanan.

Tempoh penyusuan selama dua tahun bukan tempoh yang mudah dan singkat untuk si ibu mengawal diet dan memastikan segala nutrisi di dalam makanan yang diambil adalah cukup untuk si keci. Oleh itu Shaklee menawarkan Set Penyusuan bagi membantu para ibu mengekalkan tahap kesihatan yang optimum, lantas dapat membekalkan nutrisi yang cukup buat si comel

Kebaikan mengambil set menyusu Shaklee
Ø  Anda kekal bertenaga dalam tempoh yang panjang
Ø  B Complex dapat membantu mengurangkan stress.
Ø  Anda sukar didekati penyakit selsema, batuk dan demam.

Set Penyusuan yang diperkenalkan oleh Shaklee terbahagi kepada dua, iaitu Set Asas dan Set Lengkap.

Set Asas : Multivitamin VitaLea + B Complex + Vitamin C + Alfafa
Set Lengkap : Set Asas + ESP + Ostematrix



Set Menyusu Asas

1.       VitaLea > Sebagai multivitamin. Membantu anda bertenaga dalam tempoh yang panjang. Juga meningkatkan sistem imun tubuh
2.      Vita-C >  membantu meningkatkat sistem imun, mengelakkan rambut gugur, membantu dalam pertumbuhan normal anak yang menyusu badan, meningkatkan kecerdasan minda, membantu pembentukan protein dan kolagen dalam badan. Memperbaiki radang kulit dan membantu mengurangkan keguguran rambut
3.      B-Complex > lengkap dengan asid folik untuk perkembangan minda anak, membantu menenangkan dan mengurangkan stress, menyokong sistem saraf anda dan anak, pembentukan sel darah merah, menyihatkan kulit dan meningkatkan metabolisma tubuh
4.      Alfafa Complex > sebagai milk booster, kaya dengan protein dan kalsium, vitamin D  yang penting dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu dan mengekalkan pengeluaran susu ibu jadi membantu ibu menyusukan bayi sehingga dua tahun. Kandungan protein alfalfa adalah 18.9%  tinggi berbanding susu 3.3%  dan telur 13.1% sahaja.

Set ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu dan juga menambah tenaga ibu menyusu. 

Kelebihan
 Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.


Set Menyusu Lengkap

Set Asas tadi ditambah dengan

  1. Ostematrix adalah kalsium (dan magnesium) yang diperlukan untuk menggantikan yang telah 'diambil' untuk penghasilan susu.
  2. ESP (Energizing Soy Protein) adalah minuman berkhasiat, yang mengandungi sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu tinggi, dihasilkan dari kacang soya. Ia berfungsi memberi tenaga berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak
Kelebihan ESP :

-membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
-menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
-setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian
-kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
-indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah




RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Wednesday, 28 August 2013

Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik

APAKAH KELEBIHAN VITALEA?

Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  2 biji VITALEA diumpamakan bersamaan 40 jenis hidangan lauk. Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA, ianya bersamaan 40 hidangan pelbagai jenis lauk.

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.


Kenapa Vita-Lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang. Ia adalah;
- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.



Siapa Memerlukan Multivitamin?

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin) dan ini terdapat di dalam vitalea. Selain itu, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim di mana pengambilan vitalea ni dapat menggantikan fungsi di dalam nutrient makanan yang diperlukan di dalam badan tetapi kita tidak berkesempatan mengambilnya. Ia memberikan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu adalah penting untuk tumbesaran si anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mudah merasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu tersebut kekurangan zat besi/iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti keran dan tiram. Namun terdapat sebab tertentu mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak memakan makanan laut.

Friday, 23 August 2013

Vitamin C

Khasiat Vita-C Plus Shaklee
  • Membentuk Kolagen
          - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

  • Memperbaiki Simptom Pendarahan 
          - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun 
          - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser 
          - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit 
          - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Menyembuhkan Insomnia 
          - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat 
          - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.




Kekurangan Vitamin C akan menyebabakan anda
1. Stress
2. Mudah dijangkiti demam dan selsema
3. Kulit kering dan bersisik / menggelupas
4. Tapak kaki keras dan kasar
5. Mudah mendapat ulser
6. Luka lambat sembuh
7. Muka nampak lebih tua dari usia


Vitamin B Complex


Vitamin B1 - Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak
                  - membantu kesihatan sistem saraf
                  - mencegah kelesuan
                  - meningkatkan stamina
                  - membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.
                  - Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3 - Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah
                  - membantu mengurangkan pengaliran kolestrol dalam darah
                  - membantu dalam kesihatan kulit yang baik
                  - membantu sistem pencernaan..
#Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental
                   - membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino.
                    - Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.

Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter iaitu aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan

Vitamin B12  - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah.
#Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Kenapa Vitamin B Complex SHAKLEE?

Selain lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang penting termasuk 100% nilai harian BIOTIN, ia juga
mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. Pil SHAKLEE juga mudah ditelan. Vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik yang terdapat dalam kandungan vitamin B SHAKLE membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 pula membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Tuesday, 20 August 2013

SHAKLEE MEAL SHAKES

APA ITU SHAKLEE MEAL SHAKES?
* makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.
*Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.

KANDUNGAN SHAKLEE MEAL SHAKES
* mengandungi 19 vitamin utama
* mineral tambahan
* kaya dengan sumber kalsium
*protein

SIAPA YANG PERLU MEAL SHAKES
* Seisi keluarga
* kanak-kanak yang kurang selera makan,
* kanak-kanak yang selalu sembelit
* kanak-kanak yang obese
* Ibu-ibu mengandung
* Ibu-ibu yang menyusukan anak
* Pesakit-pesakit yang sedang dalam pemulihan seperti pembedahan
* Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
* Menambah berat badan kepada ideal


Kalsium

Ostematrix adalah gabungan 250mg kalsium, 100mg magnesium dan beberapa vitamin lain di dalam 1 tablet..

Ia sesuai diamalkan oleh
- ibu-ibu mengandung yg mengalami masalah loya apabila minum susu.

Bagi ibu menyusu kalsium sangat penting semasa mengandung bagi mengelakkan dari kejang kaki, luruh gigi kerana janin di dalam kandungan akan menarik kalsium dari badan si ibu, oleh itu ibu mengandung berisiko mengalami kebas/kejang kaki di waktu mlm dan kerosakan gigi.

-ibu yang menyusukan anak
kalsium adalah salah 1 komposisi penting di dalam susu ibu, bila badan si ibu mempunyai kalsium yg cukup, susu yg dihasilkan lebih berkualiti utk disalurkan kpd anak..

-wanita berumur 19 thn ke atas
Salsium amat penting untuk mengelakkan tulang rapuh. Setiap hari badan kita memerlukan 1000mg kalsium utk menampung keperluan harian. Mampu kah kita makan sampai 1000mg kalsium dr sumber asli setiap hari?




Set Ibu Hamil

Sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang hamil
Set ini mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium

Khasiat :
-Sangat membantu mengurangkan masalah kejang kaki, sakit pinggang dan belakang ketika hamil.
-Set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

Set ini mengandungi :
1. Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia membantu membekalkan kalsium yang cukup untuk anda & bayi.

2. Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

3. Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu hamil kerana tiada selera makan ataupun 'morning sickness'. Iron pula penting untuk tubuh terutama ibu yang Hb nya rendah ataupun mengalami anemia.

4. B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan & menstabilkan hormon.



Shaklee - GLA Complex

Kelebihan GLA Complex Shaklee
- Meningkatkan peluang untuk hamil
- Membantu melegakan PMS
- Membantu mencantikkan kulit wajah
- Untuk kesihatan jantung
- Untuk Awet Muda

GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Kita hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang menentukan hasilnya. Walaubagaimanapun, rancangan perlu disertai dengan ikhtiar. In sha Allah dengan izinNya, anda berjaya hamil.
Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkatkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.
Terbaik, amalkan GLA Complex bersama B Complex, Vitamin E dan Zinc untuk suami.

GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)

Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom senggugut/PMS ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.
Untuk hasil terbaik GLA Complex diambil bersama Ostematrix dan B Complex.

GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.
Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP.

GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung

GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL);  mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.
Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

GLA Complex Untuk Awet Muda

Ramai wanita sangat sukakan supplement EPO(Evening Primrose Oil) untuk 'awet muda’. Ia sememangnya betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari. Semua bahan ini bersifat anti-oksidan & free-radicals. Ia turut membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.

Sunday, 28 July 2013

Kandungan Double Stem Cell

Apa Itu Double Stemcell?


PHYTOCELL DOUBLE stemcell tumbuhan batang sel-sel kombinasi dengan menggunakan teknologi Swiss – PhytoCellTec™ Malus Domestica (Apple Stem Cell) dan PhytoCellTec™ Solar Vitis ( Grape Stem Cell), diperkaya dengan Acai Berry dan Blueberry untuk menyuburkan kulit anda dari dalam dan memberikan hasil yang ketara. Double stemcell ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh badan agar sentiasa cergas dan bertenaga menjalankan aktiviti harian. Ia sangat sesuai untuk lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Terdapat 4 ramuan utama yang terdapat dalam PhytoScience Double StemCell ini:

    1)  PhytoCellTec™ MalusDomestica (Apple Stem Cell)

   *  Selinduk daripada buah epal Swiss (Uttwiler Spattauber)


Uttwiler Spattauber adalah nama pokok epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun ke 18, mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama daripada jenis-jenis lain. Pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Satu pasukan saintis di Mibelle Biochemistry membuktikan bahawa dengan tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec™ dapat memberi inspirasi kepada banyak sel-sel stem manusia yang menakjubkan sehingga 80%, ini adalah formula rahsia yang kaya dan terkenal.

Epal ini tidak sama seperti epal yang terdapat di pasaraya atau di kedai-kedai. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi. Jika buah epal ini jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan. Dan juga jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepat.


2) Kandungan PhytoCellTec™ Solar Vitis PhytoCellTec™

*Selinduk daripada Buah Anggur

Stem Cell daripada anggur Gamay Teinturier Freaux. Gamay ialah sejenis anggur dari daerah Burgundy, Perancis. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV.
Ia merangsangkan pembaruan yang berterusan dan memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dan gebu. Aktiviti sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis kedua-dua melindungi dan mengekalkan aktiviti sel stem epidermis – walaupun dalam kes-kes tekanan yang disebabkan oleh UV.

3) ACAI BERRY

Dianggap sebagai “Berry Kecantikan” dari Amazon.
Acai Berry adalah padat dengan sebatian yang membuat badan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding dengan buah beri. Ia mempunyai 5 kali antioksidan gingko dan 33 kali antioksidan wain merah. Bahkan ia bukan sahaja antioksidan, beri kecil ini juga padat dengan asid lemak omega, asid amino, mineral semulajadi serta Vitamin A, B1 dan E.

Banyak lagi khasiat Acai Berry ni kalau anda nak tahu. Antaranya:
*Pengurangan Berat Badan – Acai Berry dapat meningkatkan kadar metabolisme badan, menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang banyak.
*Tenaga Yang Berpanjangan – Acai Berry membantu tubuh mendapatkan kualiti rehat yang lebih baik, agar dapat memulakan hari dengan tubuh badan yang lebih segar pada setiap pagi.
*Melancarkan peredaran darah, tumpuan dan ingatan – Boleh meningkatkan peredaran darah ke otak supaya mampu beroperasi dengan lebih berkesan di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental.
*Kulit yang lebih sihat dan berseri – sebatian yang unik dan antioksidan menjadikan kulit lebih muda dan segar.
*Merendahkan Kolestrol
*Menguatkan Jantung

4)  BLUEBERRY…ini khasiatnye ye..
memang banyak…
Blueberry adalah buah yang hebat dan penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Bermanfaat dalam mengurangkan lemak, menghilangkan radikal bebas, memerangi isu metabolik negatif, menggalakkan paras insulin yang lebih baik, menyokong kesihatan oskular dan menghindari penyakit serta mencegah kanser.”
Blueberry juga tinggi dalam Vitamin C, yang menggalakkan sistem imun yang sihat. Blueberry juga mengandungi Vitamin A, Iron, Kalsium, Magnesium, Vitamin K, Vitamin E, Zink, Fosforus dan Selenium. Magnesium membantu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Sebagai tambahan, gabungan hebat nutrien dalam blueberry akan menjaga penglihatan dan retina mata yang sihat juga! Blueberry mengandungi tahap antioksidan dan serat. Gabungan ini menggalakkan keupayaan kita untuk membubarkan kolesterol yang tidak baik yang berada didalam tubuh badan kita. Blueberry menentang isu-isu metabolik badan yang boleh mencegah penyakit jantung.”

Blueberry mengandungi flavonoid. Flavonoid telah dibuktikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif seperti; keupayaan untuk analisis, membuat keputusan, dan mengekalkan kefahaman. Di samping itu, penggunaan tetap flavonoid boleh membantu melambatkan penurunan mental penuaan.

Flavonoid dalam blueberry telah dibuktikan dapat memberi perlindungan terhadap penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson. Flavonoid juga telah didapati membantu dalam melambatkan penurunan kognisi mental penuaan.”

Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Sejarah Perubatan memberitahu bahawa bukti penggunaan Blueberry digunakan untuk produk anti penuaan, merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi, menentang kanser serviks/payudara, perlindungan sistem jantung, meningkatkan daya ingatan, menyokong saluran darah, mengelak daripada jangkitan saluran kencing, pengurangan kolestrol dalam badan, menghidar keletihan mata, dan memberi tenaga tambahan.